SHAH ALAM: Seramai enam individu berusia lingkungan 45 hingga 62 tahun, termasuk dua lelaki warga Colombia direman bagi membantu siasatan beberapa kes pecah rumah di Selangor dan Johor, melibatkan kerugian hampir RM1.9 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, turut ditahan empat warga tempatan.
Tambahnya, pemeriksaan di lima lokasi berlainan di Selangor dan Kuala Lumpur membawa kepada penemuan 64 jam tangan berjenama, lapan beg pakaian berjenama, tujuh pasport pelbagai negara dan 79 barang kemas.
Turut dirampas ialah 29 barangan disyaki kristal, 146 matawang asing pelbagai negara, dan duit Malaysia sebanyak RM1,821, selain beberapa kenderaan, termasuk sebuah Perodua Bezza merah yang tular di Cyberjaya baru-baru ini.
“Sindiket ini aktif sejak Oktober 2023 dengan menyasarkan rumah mewah. Suspek wanita tempatan berusia 55 tahun merekrut dua lelaki Colombia yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelawat.
“Modus operandi ialah kedua-dua lelaki Colombia tersebut menyamar sebagai penghantar barangan untuk mengelak daripada dikesan. Mereka juga akan memastikan rumah yang disasarkan itu tidak berpenghuni,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, wanita itu turut bertindak sebagai penjual hasil rompakan, dengan bantuan tiga lagi suspek warga tempatan.
Mengenai Perodua Bezza yang tular, Mohd Shuhaily berkata, ia menyebabkan dua suspek warga Colombia cuba untuk melarikan diri ke negara asal.
“Boleh juga saya kongsikan di sini, maklumat yang disebarkan oleh masyarakat setempat berkaitan sebuah kereta Perodua Bezza merah, menyebabkan dua ahli sindiket ini gusar, dan cuba melarikan diri untuk pulang ke negara mereka, tetapi pasukan (polis) berjaya intercept di kedua-dua lapangan terbang,” katanya lagi.
Mohd Suhaily berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam rakaman video yang tular pada 4 Disember lalu, 28 buah kereta peronda polis dilihat mengejar sebuah Perodua Bezza di Cyberjaya, selepas kereta itu lari daripada pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.
Firdaus Azil
Wed Jan 10 2024
Rakaman video yang tular Disember lalu menunjukkan lebih 20 kereta peronda polis mengejar sebuah Perodua Bezza. - Gambar fail
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
PDRM mengenal pasti bahawa akaun IG Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan adalah palsu.
Akses mudah media sosial, pornografi punca masalah sosial dalam kanak-kanak
Mohd Shuhaily berkata, kanak-kanak mudah mendapat akses kepada perkara-perkara negatif khususnya kandungan pornografi di media sosial.
Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke IPK Selangor
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 minggu lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'
Kejadian yang berlaku pada pagi itu sudah pun terjadi dan dinasihat agar suspek terbabit tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ
Suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
JSJ sokong siasatan SPRM terhadap pegawai kanan polis
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - PDRM
PDRM akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan pemilik akaun Facebook itu.